KHASIAT BAWANG PUITH (Allium Sativum )
By: ayahkia
siregar
Bawang putih atau nama ilmiahnya “Allium Sativum” sangat terkenal
dalam dunia pengobatan non medis/ herbal, kerana mengandungi berbagai khasiat.
Dalam bahasa Inggeris bawang putih disebut“garlic“. Mengikut
rujukan daripada encyclopedia nama “garlic” itu berasal daripada perkataan
Anglosaxon “gar-leac” bermaksud pokok lembing. Nama ini sesuai dengan bentuk
daun bawang ’garlic’ yang panjangnya sehingga 15 sentimeter (6 inci).
Daun bawang putih ini bekembang dengan umbi atau cloves. 7 hingga 8 clove
terkumpul menjadi satu ‘bulb’ yang diselaputi oleh kulit yang tipis seolah-olah
semacam kulit ari.
Pada hari ini bawang
putih dijual umum pada apotik dalam bentuk kapsul. Kajian sains telah
menunjukkan bahawa bawang putih mempunyai dua fungsi penting.
Pertama, sebagai makanan dan kedua sebagai
penawar dan penahan
penyakit-penyakit khususnya penyakit jantung dan penyakit akibat bakteria, dan
virus.
Kajian-kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa bawang putih berkemampuan melawan lebih banyak
jenis bakteria; virus daripada
antibiotik walau efek tindakannya tidak sekuat antibiotik. Bawang putih bisa
dimakan dalam bentuk kapsul untuk mencegah bau mulut, kerongkong, batuk,
selesema, bronchitis, diare, penyalit kulit dan susah kencing. Apakah yang ada
di dalam bawang putih hingga membolehkan ia menjadi penawar
yang begitu mujarab? Ahli sains telah dapat mengesan bahawa bawang putih
mengandungi sulfur sejenis kimia dalam bentuk yang natural yang bisa melawan
bakteria, kuman dan virus.
Bawang putih juga mengandungi sejenis bahan yang diberi nama“Allicin”. Allicin inilah yang memberi bau pada bawang putih yang tentu sekali semua telah
mengenalinya. Bau ini hanya keluar apabila bawang putih dikupas atau ditumbuk. Allicin juga
yang mengeluarkan bau bawang putih kerana Allicin akan menjadi beberapa
campuran yang bercampur dengan sulfur menjadi sulphide.
Oleh itu, baik sekali bagi kita makan bawang
putih sebagai bahan tambahan untuk memasak sayur. Kadangkala ada juga
sesetengah orang yang membakar bawang putih dan memakannya seperti
makanan-makanan lain. Penulis sendiri suka melebihkan penggunaan bawang
putih dalam masakan terutama dalam masakan sayur-sayuran.
Bawang putih atau ‘Alium sativum’ sudah menjadi bahan
dapur ‘wajib’ ketika memasak kerana aroma dan rasa yang dihasilkan menambah
penambah rasa pada setiap hidangan. Lebih-lebih lagi dengan adanya kajian yang
mendapati khasiat bawah putih untuk kesehatan. Manfaat bawah putih antara lain
sebagai bahan membantu menurunkan kadar kolesterol. Hal ini disebabkan kerana
adanya zat yang bersifat anti kolesterol dan membantu mencegah pengumpalan
darah dan mencegah sakit jantung. Ianya juga bersifat membantu mengecilkan
sumbatan pada arteri jantung sehingga meminimumkan berlakunya serangan stroke
Selain digunakan sebagai bahan masakan, bawang putih juga
mempunyai banyak khasiat untuk mengubati berbagai jenis penyakit. Orang-orang
Syria mencampurkan bawang putih ke dalam minuman untuk mengubati demam, diare dan
menahan rasa sakit akabat benturan benda keras. Ia juga dikatakan berkesan
untuk menurunkan berat badan, menurunkan kadar kolestrol dan tekanan darah
tinggi dan menambah kepekatan darah.Kandungan bawang putih bukan saja
menghasilkan antibodi tetapi membentuk sistem imunitas tubuh secara serta
membunuh kuman bagi meredakan demam kepialu, disentri (berak darah), bengkak
kerongkong
Pembersih kuku alami. Coba periksa kuku anda..
Kuku kusam atau hitam yang dapat mengurangi kepercayaan diri penampilan
anda. Jari jemari anda walaupun cantik tetapi kuku kusam pun tak guna
juga.. Justru, untuk mendapatkan kuku yang berkilat, potong dua ulas bawang putih.
Gosokkan ia pada kuku beberapa menit yang mungkin sehingga kelihatan berkilat.
Ulangilah penggosokan kuku anda sampai berpuas hati dengan hasilnya. Setelah itui,
anda bolehl bangga dengan kuku kilat anda..
Tidak ada komentar:
Posting Komentar